AGENDA

Bekalan air di kawasan terjejas pulih 98 peratus setakat 9 malam

26 Dis 2022, 2:23 PM
Bekalan air di kawasan terjejas pulih 98 peratus setakat 9 malam
Bekalan air di kawasan terjejas pulih 98 peratus setakat 9 malam

SHAH ALAM, 26 DIS: Status pemulihan bekalan air melibatkan 472 kawasan di lima wilayah terjejas akibat henti tugas dua logi rawatan air (LRA) mencapai 98 peratus setakat 9 malam ini, menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Agensi itu memaklumkan tiga daripada lima kawasan mencapai pemulihan 100 peratus iaitu Hulu Langat, Kuala Langat dan Putrajaya manakala Sepang mencatat 99 peratus serta Petaling (94 peratus).

"Tempoh pemulihan bekalan adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

"Air Selangor berharap pengguna yang mendapat bekalan agar menggunakan air secara berhemah bagi memastikan proses pemulihan di kawasan masih terjejas berjalan lancar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kelmarin, LRA Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi dihenti tugas akibat dari tumpahan pati minyak wangi daripada kemalangan lori membawa muatan itu di Lebuhraya ELITE berdekatan Bandar Serenia, Negeri Sembilan.

Tumpahan 1,000 liter pati minyak wangi tersebut menyebabkan pencemaran bau dan LRA terbabit terpaksa dihenti tugas bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Berikutan insiden pencemaran bau itu menyebabkan 472 kawasan di lima wilayah mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619