AGENDA

MB: 3,000 peserta RiDE terima manfaat caruman KWSP, pelbagai manfaat lain

25 Dis 2022, 6:44 AM
MB: 3,000 peserta RiDE terima manfaat caruman KWSP, pelbagai manfaat lain

SHAH ALAM, 25 DIS: Seramai 3,000 pekerja p-panggilan di bawah Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) menerima caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bernilai RM50.

Dato’ Menteri Besar berkata program yang dilaksanakan sejak 2020 turut memberi pelbagai manfaat lain kepada peserta seperti caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan terbaharu Skim Insurans Am Selangor (INSAN).

"Program RiDE yang dianjur sejak 2020 memberi manfaat kepada 6,500 pekerja p-panggilan. Hari ini (semalam) kita serahkan kepada kumpulan terakhir permohonan 2022 yang layak terima bantuan wang tunai RM500 dan RM50 untuk caruman KWSP.

"Malah sejak dilancarkan, skim yang terkandung dalam Iltizam Selangor Penyayang mendapat permintaan tinggi hingga mencecah lebih 14,000 permohonan.

"Tahun ini sahaja kita terima 6,200 permohonan. Kerajaan Negeri sentiasa memikirkan langkah untuk terus memberi pembelaan kepada rakyat," kata Dato' Seri Amirudin Shari pada sidang media selepas majlis penyerahan inisiatif RiDE.

Beliau berkata RiDE diwujudkan selepas Kerajaan Negeri melihat keperluan melindungi pekerja p-panggilan berikutan kebergantungan masyarakat terhadap sektor itu terutama selepas penularan wabak Covid-19.

“Tahun pertama kita bantu mereka dapatkan lesen tetapi semua ada berlesen. Jadi kita tukar inisiatif sebagai sumbangan penghargaan dari Kerajaan Negeri.

“Pada 2021 kita tambah baik dengan caruman Perkeso dan sekarang kita mahu mereka dilindungi dengan skim Insurans Am Selangor (INSAN),” katanya.

Belanjawan Selangor 2022 memperuntuk RM2 juta untuk meneruskan inisiatif RiDE susulan permohonan memberangsangkan dalam kalangan belia penghantar makanan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619