EXCO

EXCO: Permohonan Geran Rumah Perlindungan WBS dibuka hingga 31 Disember

25 Dis 2022, 5:15 AM
EXCO: Permohonan Geran Rumah Perlindungan WBS dibuka hingga 31 Disember
EXCO: Permohonan Geran Rumah Perlindungan WBS dibuka hingga 31 Disember

OLEH SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 25 DIS: Permohonan Geran Rumah Perlindungan di bawah Wanita Berdaya Selangor (WBS) dibuka sehingga 31 Disember ini.

EXCO pembangunan wanita dan keluarga berkata geran berkenaan adalah inisiatif Kerajaan Negeri untuk membantu serta menambahbaik rumah perlindungan wanita dan kanak-kanak.

"Ia bagi memastikan keselamatan golongan wanita dan kanak-kanak yang terlibat dengan isu keganasan rumah tangga dan keganasan berasaskan gender dijaga.

"Borang permohonan dan maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang WBS, https://bit.ly/3YzhPs5," kata Dr Siti Mariah Mahmud di Facebook.

Pemberian peruntukan kepada rumah perlindungan sedia ada itu antaranya bertujuan menambahbaik fasiliti dalam premis atau perkhidmatan berkaitan serta pembelian aset untuk kemudahan penghuni rumah perlindungan.

Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk program latihan kepada tenaga kerja rumah perlindungan bagi mengendalikan isu keganasan rumah tangga selain membina kapasiti dan kemahiran pemandiri agar mereka berupaya memberdaya diri setelah keluar dari rumah perlindungan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619