AGENDA

Subsidi RM1,000 beli motor ringan beban pekerja p-hailing

25 Dis 2022, 12:30 AM
Subsidi RM1,000 beli motor ringan beban pekerja p-hailing
Subsidi RM1,000 beli motor ringan beban pekerja p-hailing
Subsidi RM1,000 beli motor ringan beban pekerja p-hailing
Subsidi RM1,000 beli motor ringan beban pekerja p-hailing
Subsidi RM1,000 beli motor ringan beban pekerja p-hailing

SHAH ALAM, 25 DIS: Peserta program Bantuan Bike Care-1,000 bersyukur menerima subsidi RM1,000 daripada Kerajaan Negeri untuk membeli motosikal.

Khairul Anuar Ayub, 31, berkata sebelum ini beliau terpaksa meminjam motosikal adik-beradiknya untuk terlibat dalam sektor pekerja gig (p-hailing).

"Saya mula kerja ini sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) selepas dibuang kerja sebelum ini dan hanya menggunakan motosikal adik-beradik.

"Kemudian ada rakan saya berkongsi di WhatsApps mengenai program ini dan saya cuba mohon Alhamdulillah diterima, cara permohonan pun mudah," katanya.

[caption id="attachment_557498" align="aligncenter" width="721"] Khairul Anuar Ayub, 31. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Khairul Anuar antara 100 penerima subsidi RM1,000 daripada Kerajaan Selangor bagi program Bantuan Bike Care-1,000 di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini semalam.

Selain itu, penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Muhammad Aiman Norhanis, 22, berkata beliau berkecimpung dalam sektor p-hailing untuk mencari pendapatan tambahan.

"Sebelum ini saya pinjam motosikal ayah, Alhamdulillah sekarang sudah boleh beli motor sendiri hasil pendapatan setahun lebih buat p-hailing.

"RM1,000 bagi segelintir orang mungkin sedikit tapi bagi saya banyak dan dapat kurangkan beban bayaran bulanan, terima kasih Kerajaan Selangor," katanya.

[caption id="attachment_557499" align="aligncenter" width="722"] Muhammad Aiman Norhanis, 22. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Ng Chee Kuang, 27, berkata beliau baharu mahu berkecimpung dalam sektor p-hailing sebagai tambahan pendapatan memandangkan kos sara hidup tinggi ketika ini.

"Sekarang saya bekerja sebagai ejen jualan dan memang satu pendapatan sahaja tidak cukup, subsidi ini dapat juga bantu beli motosikal," katanya.

[caption id="attachment_557500" align="aligncenter" width="700"] Ng Chee Kuang, 27. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Terdahulu, EXCO Kebajikan Masyarakat V Ganabatirau melancarkan Bike Care-1,000 iaitu pemberian subsidi RM1,000 kepada 100 individu yang mahu atau sedang berkhidmat dalam sektor p-hailing.

[caption id="attachment_557502" align="aligncenter" width="724"] Paus Ruba'di bersama keluarga berswafoto dengan motosikal yang diterima pada majlis perasmian program Bikecare-1000 anjuran Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) di Shah Alam pada 24 Disember 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619