PBT

MPKj tingkat kecekapan perkhidmatan, sasar status bandar raya tahun depan

24 Dis 2022, 4:28 AM
MPKj tingkat kecekapan perkhidmatan, sasar status bandar raya tahun depan

SHAH ALAM, 24 DIS: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) akan meningkatkan kecekapan perkhidmatan serta bekerjasama dengan agensi berkaitan dalam usaha mencapai status badar raya tahun depan.

Yang Dipertuanya Najmuddin Jemain berkata antara matlamat lain yang difokuskan dalam konsep 'kembali ke dasar' ialah penyelenggaraan kestabilan kawasan cerun yang berisiko kepada masyarakat.

Jelasnya, menstabilkan kawasan cerun untuk memastikan keselamatan struktur tanah dalam merancang proses pembangunan memerlukan kerjasama agensi berkaitan daripada segi garis panduan atau kelulusan.

"Selain itu, MPKj juga mahu memberi perkhidmatan yang cepat dan cekap dalam aspek kutipan sampah, pembersihan awam, penyelenggaraan jalan, longkang dan kemudahan infrastruktur serta taman awam.

"Bukan itu sahaja, isu tapak sampah haram juga diberi keutamaan dalam membanteras pelaku yang tidak bertanggungjawab dengan memberi kawalan khusus di lokasi panas serta disusuli tindakan sitaan,"katanya pada mesyuarat MPKj semalam.

Sementara itu Najmuddin menjelaskan, pelaksanaan projek khas infrastruktur yang dilakukan termasuk penyelenggaraan aset dan fasiliti.

"Ia merangkumi sub sektor seperti jalan, sistem perparitan, jambatan, lampu jalan dan isyarat," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619