AGENDA

PM sertai ribuan jemaah solat hajat mohon dilindungi musibah banjir

23 Dis 2022, 9:26 AM
PM sertai ribuan jemaah solat hajat mohon dilindungi musibah banjir

KUALA LUMPUR, 23 DIS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyertai ribuan jemaah Masjid Saidina Othman Ibn Affan, Bandar Tun Razak menunaikan solat hajat bagi memohon kesejahteraan rakyat dan negara serta perlindungan dari musibah banjir.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar turut menyertai solat hajat yang diimamkan imam masjid berkenaan Ahmad Fakhruddin Tahir yang diadakan sejurus selepas solat Jumaat.

Terdahulu, Ahmad Fakhruddin dalam khutbahnya menyentuh mengenai ujian dan dugaan yang boleh menimpa sesiapa sahaja dan mengingatkan Allah SWT amat mengasihi hamba-Nya yang reda dalam menghadapi setiap ujian.

Khutbah bertajuk ‘Menyubur Keinsafan Di Sebalik Musibah’ itu juga menyentuh mengenai kepentingan mengamalkan sikap berwaspada dan kesiapsiagaan setiap masa di samping meletakkan kebergantungan kepada Allah pada setiap masa.

Jemaah juga diingatkan mengambil peluang berbakti dan bersama-sama menyumbang tenaga membantu mangsa banjir dengan membersihkan kediaman mangsa, premis-premis awam seperti sekolah, masjid dan surau.

Usai solat hajat, Perdana Menteri mengambil peluang untuk bertegur sapa serta bersalam-salaman dengan para jemaah sebelum bergerak pulang.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619