AGENDA

MBI sumbang kit kebersihan, makanan kepada mangsa banjir Pantai Timur

22 Dis 2022, 2:30 PM
MBI sumbang kit kebersihan, makanan kepada mangsa banjir Pantai Timur
MBI sumbang kit kebersihan, makanan kepada mangsa banjir Pantai Timur

Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

KLANG, 22 DIS: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyumbang kit kebersihan dan bekalan makanan kepada mangsa banjir di Pantai Timur.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat MBI berkata setakat ini sebanyak 500 kit kebersihan dan 500 pek makanan ‘retort’ akan dihantar ke Terengganu esok.

[caption id="attachment_557013" align="aligncenter" width="752"] Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor di majlis sumbangan komputer riba kepada pelajar B40 di Pusat Khidmat DUN Sentosa, Klang pada 22 Disember 2022. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI[/caption]

“Untuk bantuan banjir di Pantai Timur setakat ini kita tidak terlibat secara langsung tetapi ada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang datang kepada kami dan memohon bantuan.

“Kita ada kit kebersihan dan makanan ‘retort’ yang sebahagiannya sudah mula disalurkan kepada NGO untuk dihantar ke Kelantan dan Terengganu.

“Di Pahang pula untuk kawasan yang sudah reda banjir kita cuba bantu dalam bentuk bakul makanan,” kata Ahmad Azri Zainal Nor.

Bercakap selepas menyerahkan komputer riba kepada 16 pelajar hari ini, beliau berkata MBI sudah menyalurkan dana RM70,000 minggu lalu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor untuk bantuan bencana banjir.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619