AGENDA

Arahan PM runding semula projek tebatan banjir jimatkan RM1.8 bilion

22 Dis 2022, 12:38 PM
Arahan PM runding semula projek tebatan banjir jimatkan RM1.8 bilion

PUTRAJAYA, 22 DIS: Proses tender terpilih untuk cadangan projek rancangan tebatan banjir (RTB) akan membolehkan penjimatan RM1.8 bilion kepada kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata peruntukan RM15 bilion untuk RTB menerusi rundingan terus tanpa tender menyebabkan kos projek melambung.

Justeru, beliau berkata Kementerian Kewangan (MOF) diarah berunding semula dengan syarikat berkaitan menerusi proses tender terpilih.

"Bayangkan RM1.8 bilion boleh diselamatkan dari projek RM15 bilion. Ini isu tatakelola yang baik, pimpinan harus pastikan jangan ada ketirisan, bukan soal politik tetapi soal rakyat.

“RM1.8 bilion kalau dipulangkan kepada penjaja, bayangkan...," katanya pada Konvensyen Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 (HPPK 2022), di sini hari ini.

Menurut Anwar soal tatakelola dan kebertanggungjawaban pengurusan kewangan perlu diutamakan dalam pemerintahan dan membela nasib rakyat.

Pada 6 Disember, Anwar mengarahkan kelulusan mutakhir projek tebatan banjir berjumlah RM7 bilion daripada keseluruhan peruntukan RM15 bilion yang dilaksanakan menerusi rundingan terus supaya diteliti semula. - BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619