PBT

Binaan kritikal di cerun perlu dikawal, elak tanah runtuh berulang

22 Dis 2022, 8:42 AM
Binaan kritikal di cerun perlu dikawal, elak tanah runtuh berulang

OLEH FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 22 DIS: Pembinaan kritikal di cerun dan lereng bukit perlu dikawal pihak berwajib serta pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mengelak kejadian tanah runtuh berulang.

EXCO Perumahan Rodziah Ismail berkata kawalan membabitkan pembinaan yang sedang berlangsung atau masih dalam perancangan khusus di kawasan ada sejarah tanah runtuh.

Beliau menjelaskan ia termasuk keadaan topografi kawasan dan laporan pergerakan tanah yang memungkinkan tanah runtuh selain ketahanan benteng sedia ada.

"(Kawalan juga jika) terdapat aktiviti pertanian atau perhutanan di kawasan berdekatan sehingga memungkinkan kesan tanah runtuh berantai.

"Manifestasi iltizam PBT akan tertonjol dengan pelaksanaan kawalan bersungguh-sungguh dan pelaporan komprehensif secara berkala," katanya dalam kenyataan di Facebook semalam.

Pada 9 Disember lalu, seorang wanita warga emas antara enam individu yang terselamat dalam insiden tanah runtuh berketinggian sembilan meter di Taman Halaman, Ampang.

Dalam kejadian itu, rumah yang didiami mereka turut mengalami kerosakan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619