AGENDA

MB: Garis panduan berkhemah bakal dikuat kuasa, elak tragedi Batang Kali berulang

22 Dis 2022, 8:30 AM
MB: Garis panduan berkhemah bakal dikuat kuasa, elak tragedi Batang Kali berulang
MB: Garis panduan berkhemah bakal dikuat kuasa, elak tragedi Batang Kali berulang

PETALING JAYA, 22 DIS: Garis panduan berhubung ketetapan dan peraturan aktiviti perkhemahan akan dikuat kuasa sebagai enakmen atau peraturan pekeliling, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata garis panduan berkenaan meliputi segala aspek termasuk aktiviti memancing dan mendaki supaya kejadian kecemasan tidak berulang sekali gus menjamin keselamatan nyawa.

“Tidak semestinya kita tetapkan enakmen atau akta tetapi yang penting buat peraturan. Masalah sekarang kita tiada undang-undang kecil apatah lagi enakmen.

“Kalau ada keperluan buat enakmen, kita buat. Saya jangka kita bawa (usul) pada sesi dewan Mac nanti. Jika tiada keperluan, cukup dengan pekeliling boleh diguna pihak berkuasa tempatan untuk diselaraskan,” katanya selepas melancarkan The World of DC Exhibition di Tropicana Gardens Mall di sini hari ini.

Beliau berkata pertemuan Kerajaan Negeri dengan pemilik atau penganjur tapak perkhemahan dilakukan dalam masa terdekat supaya garis panduan dapat dimuktamadkan.

“Kalau tiada keperluan kuat kuasa enakmen, kita akan umum garis panduan ini pada Februari. Kerajaan Negeri mahu panduan lebih jelas untuk jamin keselamatan,” katanya.

[caption id="attachment_556892" align="aligncenter" width="735"] Pasukan mencari dan penyelamat menjumpai empat lagi mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya pada 22 Disember 2022. Foto Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor[/caption]

Pada 16 Disember, tapak perkhemahan di Jalan Genting-Batang Kali, Batang Kali musnah dalam tragedi runtuhan tanah kira-kira jam 2.42 pagi.

Setakat ini tragedi berhampiran Father’s Organic Farm, Jalan Genting menyaksikan 61 daripada 94 mangsa selamat, 30 terkorban dan tiga lagi masih hilang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619