PBT

Lorong belakang kedai kotor, MPKL keluar dua notis ke atas sebuah premis makanan

22 Dis 2022, 4:13 AM
Lorong belakang kedai kotor, MPKL keluar dua notis ke atas sebuah premis makanan

OLEH FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 22 DIS: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) mengeluarkan dua notis ke atas sebuah premis makanan di Banting kerana membuat kekotoran di lorong belakang kedai pada Isnin lalu.

Menurut pihak berkuasa tempatan itu, tindakan dilakukan mengikut Undang-undang Kecil 21(1)(d), Undang-undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan Dan Perindustrian 2007.

"Hasil daripada rondaan harian dan pemantauan, MPKL telah mengeluarkan satu notis kesalahan dan satu notis pemberitahuan terhadap satu premis makanan yang membuat kekotoran itu," katanya menerusi Facebook hari ini.

Sehubungan itu, MPKL mengingatkan pengusaha kedai makan menjaga kebersihan di lorong belakang premis masing-masing bagi mengelak dikenakan tindakan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619