AGENSI

Tindakan bersepadu kekang ajaran sesat Millah Abraham terus berleluasa

22 Dis 2022, 3:24 AM
Tindakan bersepadu kekang ajaran sesat Millah Abraham terus berleluasa
Tindakan bersepadu kekang ajaran sesat Millah Abraham terus berleluasa

SHAH ALAM, 22 DIS: Kerjasama dan tindakan bersepadu pihak berkuasa agama dengan pelbagai agensi kerajaan perlu diperkukuh bagi memantau gerakan Millah Abraham@Ibrahim.

Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menegaskan ajaran itu difatwa menyeleweng dan bertentangan Islam berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.

Menurut agensi itu, kumpulan ajaran sesat berkenaan turut mengambil kesempatan meluaskan propaganda melalui media sosial seperti kelas al-Quran secara dalam talian.

"Jangan biarkan gerakan sesat ini memberi implikasi fenomena takfir yang mengkafirkan dalam kalangan masyarakat Islam," kata agensi itu dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Menurut Mais, ajaran itu berkait rangkaian Gerakan Pemuda Kahfi di Bogor, Indonesia, diterajui Ahmad Musodiq dan dipercayai berpusat di Cilimus Kuningan, Kota Cirebon di Jawa Barat.

Jelasnya lagi, pengikut meyakini ajaran Millah Abraham lurus dan benar setelah jatuhnya Kerajaan Islam Abbasiyah dan menganggap Islam yang diamalkan hari ini palsu.

[caption id="attachment_94929" align="alignleft" width="332"] Gambar hiasan. Foto ARKIB SELANGORKINI[/caption]

"Dakwaan itu mengakibatkan sesiapa sahaja selain daripada pengikutnya menjadi sesat," jelas Mais.

Sebelum ini, media melaporkan gerakan Millah Abraham kembali aktif susulan beberapa pengikut termasuk seorang selebriti lelaki mendedahkan pernah terjebak dengan kumpulan berkenaan.

Kelmarin, Pengerusi Mais Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pihaknya bersama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memantau ketat 14 ajaran sesat yang dikenal pasti masih aktif di negeri ini.

Pada 17 September 2015, fatwa diwartakan menegaskan beberapa perkara berhubung ajaran terbabit antaranya Islam dibawa Nabi Muhammad SAW berakhir sejak kejatuhan kerajaan Islam.

Kumpulan itu turut menggelar mereka yang tidak mengikuti ajaran terbabit sebagai sesat, kafir dan syirik selain menafikan kefarduan solat lima waktu dan solat Jumaat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619