ADN

Pasang 13 lampu solar, pastikan pengguna jalan raya di DUN Bukit Melawati selamat

21 Dis 2022, 12:00 PM
Pasang 13 lampu solar, pastikan pengguna jalan raya di DUN Bukit Melawati selamat
Pasang 13 lampu solar, pastikan pengguna jalan raya di DUN Bukit Melawati selamat

SHAH ALAM, 21 DIS: Sebanyak 13 lampu solar dipasang di tiga kawasan dalam Dewan Undangan Negeri Bukit Melawati bagi meningkat keselamatan pengguna jalan raya di waktu malam.

Wakil rakyatnya Juwairiya Zulkifli berkata kerja pemasangan di Jalan Raja Abdullah, Kampung Tanjung Keramat dan Kampung Sepakat sejak 10 Disember lalu siap empat hari kemudian.

[caption id="attachment_542363" align="aligncenter" width="699"] Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli ditemu bual Media Selangor di pusat pentadbiran rasmi Kerajaan Negeri di Shah Alam pada 30 Mac 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

"Ketiga-tiga kawasan ini tiada lampu dan kerap berlaku kemalangan selain sering menjadi laluan haiwan liar seperti babi hutan.

"Penduduk sering mengadu dan mahu lampu dipasang di situ kemudian saya memohon daripada Kerajaan Negeri melalui EXCO infrastruktur, Alhamdulillah ia diluluskan," katanya ketika dihubungi.

Juwairiya berharap pengguna jalan raya dan penduduk kampung berasa lebih selamat dan selesa menggunakan jalan raya pada waktu malam berbanding sebelum ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619