AGENDA

Piala AFF: PM ucap selamat berjuang, yakin Harimau Malaya pamer prestasi terbaik

21 Dis 2022, 10:02 AM
Piala AFF: PM ucap selamat berjuang, yakin Harimau Malaya pamer prestasi terbaik
Piala AFF: PM ucap selamat berjuang, yakin Harimau Malaya pamer prestasi terbaik

KUALA LUMPUR, 21 DIS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat berjuang kepada skuad Harimau Malaya yang akan memulakan kempen Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 bertemu Myanmar hari ini.

Menerusi catatan di laman Facebooknya, Anwar menaruh keyakinan tinggi dengan kombinasi muka lama dan baharu yang ditampilkan jurulatih Kim Pan Gon pada edisi kali ini mampu menterjemahkan kualiti serta prestasi terbaik.

“Saya mewakili seluruh rakyat Malaysia mendoakan kejayaan buat skuad Harimau Malaya. Berjuanglah sepenuh jiwa demi lencana di dada!,” menurut catatan itu.

Pasukan negara akan meneruskan aksi menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini, Vietnam di Hanoi (27 Disember) dan menerima kunjungan Singapura (3 Januari) di Bukit Jalil bagi memburu dua slot teratas Kumpulan B untuk layak ke separuh akhir.

Sepanjang 13 edisi kejohanan dwitahunan itu yang sebelum ini dikenali sebagai Piala Tiger, Malaysia muncul juara sekali pada 2010 serta naib juara sebanyak tiga kali - edisi sulung 1996, 2014 dan 2018.

Hanya empat pasukan pernah bergelar juara iaitu Thailand sebanyak enam kali, Singapura (empat), Vietnam (dua) dan Malaysia. - BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619