AGENDA

Siti Nurhaliza baca ramalan cuaca berita RTM malam ini

21 Dis 2022, 10:01 AM
Siti Nurhaliza baca ramalan cuaca berita RTM malam ini

SHAH ALAM, 21 DIS: Penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin bakal menyampaikan ramalan cuaca dalam Berita Perdana siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM), 8 malam ini.

Menurut ketua setiausaha Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, pelantun lagu Cindai itu turut muncul dalam slot Berita Wilayah, yang bersiaran jam 5 petang tadi.

"Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berbesar hati atas kesudian penghibur terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza berkolaborasi dengan menyampaikan ramalan dan keadaan cuaca pada 21 Disember.

"Kolaborasi itu diharap dapat mengalakkan orang ramai mengikuti keadaan cuaca dan bertindak mengikut nasihat berkaitan risiko bencana seperti banjir, angin kencang dan laut bergelora," katanya di Facebook.

Sementara itu, kementerian dalam hantaran di Facebook menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka dengan amaran awal bah dan mendapatkan maklumat di publicinfobanjir.water.gov.my.

Maklumat tambahan juga boleh didapati menggunakan aplikasi MyPublic Infobanjir dan myCuaca, yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan App Store.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619