AGENDA

Import dua hingga 10 juta telur ayam sehari penuhi keperluan pasaran

20 Dis 2022, 3:15 AM
Import dua hingga 10 juta telur ayam sehari penuhi keperluan pasaran

SHAH ALAM, 20 DIS: Sekurang-kurangnya dua hingga 10 juta biji telur akan diimport sehari mulai Khamis ini bagi menampung keperluan dan permintaan pasaran tempatan selain mengawal harga.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan langkah tersebut bermula sejak 15 Disember lalu dengan permulaan kemasukan import 100,000 biji telur, lapor Berita Harian.

"Maka, kita sudah buat perubahan dengan memberikan import bermula pada 15 Disember, 100,000 biji telur dan mulai 22 Disember, dua hingga 10 juta biji telur sehari akan dibawa masuk sehingga keadaan stabil dan keupayaan pengeluaran tempatan terjamin," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan usul Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Wang Masuk) 2022 bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Anwar menjelaskan isu kenaikan harga barang khususnya telur ayam dan ayam yang berterusan akibat faktor penentuan harga yang banyak ditetatpkan pihak industri.

"Dalam beberapa minggu, ayam, telur pada 12 Disember, 15 Disember...diimport. Ini masalahnya adalah kartel. Masalahnya menetapkan kepada syarikat besar untuk tentukan harga.

"(Justeru) mesti ada kekuatan politik, tekad untuk menyatakan dalam dasar ekonomi (untuk) maslahat awam dan orang ramai diberi keutamaan," katanya seperti dilapor.

Pada 6 Disember, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengenal pasti beberapa sumber luar sebagai langkah jangka pendek untuk menampung kekurangan telur ayam di pasaran.

Menterinya Mohamad Sabu memaklumkan pihaknya juga tidak akan berkompromi dalam memastikan bekalan yang diterima selamat daripada penyakit dan menepati piawaian yang ditetapkan.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619