AGENDA

Pengarah bomba Selangor dikejarkan ke hospital akibat letih, strok ringan

19 Dis 2022, 1:46 PM
Pengarah bomba Selangor dikejarkan ke hospital akibat letih, strok ringan

BATANG KALI, 19 DIS: Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis yang terlibat sejak hari pertama operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, di sini dikejarkan ke Hospital Selayang akibat keletihan dan strok ringan (minor stroke).

Pusat Gerak Operasi JBPM Selangor dalam kenyataan malam ini memaklumkan keadaan beliau terkawal dan masih sedarkan diri.

“Operasi mencari mangsa tetap dijalankan. Sama-samalah kita doakan agar kesihatan beliau kembali pulih. Semoga Dato Wira Merah (Norazam) diberikan kesembuhan segera,” menurut kenyataan itu.

Sejak hari pertama operasi SAR Jumaat lepas, Norazam merupakan antara individu paling sibuk di lokasi kejadian.

Daripada aspek operasi sehinggalah melayani media, Norazam sentiasa komited menjalankan tugas dengan cemerlang dan tidak pernah menunjukkan keletihan sepanjang berada di lokasi kejadian.

--  BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619