AGENDA

Laluan KM393.4 Bukit Besi LPT2 terhalang, pengguna dinasihat ikut jalan alternatif

19 Dis 2022, 6:12 AM
Laluan KM393.4 Bukit Besi LPT2 terhalang, pengguna dinasihat ikut jalan alternatif

OLEH FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 19 DIS: Laluan di Kilometer 393.4 di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) antara Bukit Besi ke Ajil terhalang berikutan kejadian cerun runtuh pagi tadi.

Lembaga Lebuhraya Malaysia menerusi Facebook memaklumkan pemandu dari Kuala Lumpur yang menghala ke Kuala Terengganu dinasihatkan keluar di Plaza Tol Dungun (Mandatori Exit).

"Walau bagaimanapun, perjalanan dari Kuala Terengganu menghala ke Kuantan/Kuala Lumpur menggunakan Lebuhraya LPT2 masih boleh dilalui oleh semua kenderaan seperti biasa.

"Untuk pemandu yang keluar dari Plaza Tol Dungun, anda dinasihatkan untuk menggunakan Jalan Pantai (FT03) untuk menuju ke Kuala Terengganu," katanya.

Selain itu, Jabatan Kerja Raya memaklumkan Jalan lama Bentong-Kuala Lumpur tidak dapat dilalui buat masa sekarang berikutan beberapa lokasi telah berlaku tanah runtuh, pokok tumbang dan jalan utama terputus.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619