AGENDA

Elak tanah runtuh, Infrasel pasang kanvas kawasan cerun Batang Kali

19 Dis 2022, 4:00 AM
Elak tanah runtuh, Infrasel pasang kanvas kawasan cerun Batang Kali

SHAH ALAM, 19 DIS: Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) memasang kanvas di kawasan cerun Seksyen 13.200, berhampiran lokasi tragedi tanah runtuh di Jalan Genting, Batang Kali, Hulu Selangor semalam.

Syarikat penyelenggaran jalan negeri memaklumkan pemasangan bagi mengurangkan risiko tanah runtuh dilakukan 12 kakitangan bermula jam 10 pagi hingga 12.40 tengah hari.

"Anggota terbabit meneruskan kerja menghamparkan 'crusher run' (batu kasaran) di kawasan bahu jalan di tapak runtuhan jam 10 pagi hari ini," katanya ketika dihubungi.

Infrasel turut memaklumkan setakat ini laluan Batang Kali-Genting masih ditutup kepada orang awam atas arahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor.

"Kerja menyelamat mangsa insiden tanah runtuh masih dijalankan anggota bomba dan penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart)," katanya.

Jumaat lalu, Jabatan Kerja Raya Selangor memaklumkan penutupan jalan laluan B66 Batang Kali-Genting susulan kejadian tanah runtuh di Seksyen 14, Laluan B66 di tepi jalan raya yang membahayakan pengguna.

Orang awam yang ingin ke Genting Highland dinasihatkan menggunakan jalan alternatif B113 (Jalan Batang Kali-Ulu Yam) sehingga B23 (Jalan Ulu Yam-Batu Caves) atau menggunakan laluan utama FT001 (Jalan Kuala Lumpur-Ipoh).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619