AGENDA

Bomba: Tanah runtuh di Raub, tiada mangsa terlibat

18 Dis 2022, 10:04 AM
Bomba: Tanah runtuh di Raub, tiada mangsa terlibat

KUANTAN, 18 DIS: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang mengesahkan berlaku kejadian tanah runtuh di laluan belakang premis perniagaan di Jalan Tun Razak di bandar Raub, hari ini.

Ketua Zon 3 JBPM Pahang Sharulnizam Nasir bagaimanapun berkata runtuhan tanah daripada ketinggian 15 meter dan membabitkan kawasan seluas 30 meter itu tidak melibatkan mangsa.

"Pihak bomba dimaklumkan kejadian pada 2.45 petang dan pemeriksaan dilakukan bagi memastikan kawasan itu selamat. Pemantauan akan dibuat dari semasa ke semasa untuk memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku," katanya semasa dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui menerusi status di akaun Facebooknya memaklumkan Majlis Daerah Raub (MDR) akan melakukan kerja pembersihan runtuhan dan menutup laluan belakang bangunan terlibat dengan segera.

"Saya menasihatkan peniaga (di premis terlibat) supaya memastikan tiada pekerja atau sesiapa menetap di bilik belakang bangunan itu kerana dibimbangi jika kejadian berulang, ia boleh membahayakan nyawa," katanya.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619