AGENDA

Tragedi tanah runtuh: Empat mangsa terselamat termasuk wanita hamil stabil

17 Dis 2022, 12:07 PM
Tragedi tanah runtuh: Empat mangsa terselamat termasuk wanita hamil stabil

KUALA LUMPUR, 17 DIS: Empat mangsa termasuk seorang wanita hamil dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali, Selangor yang menerima rawatan di Hospital Selayang berada dalam keadaan stabil, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

“Ini hasil rawatan yang diterima daripada pakar-pakar, kita jumpa keempat-empat mereka, Alhamdulillah semua baik dan mungkin ada yang akan discaj esok atau lusa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat mangsa insiden tanah runtuh yang dirawat di hospital itu bersama isteri Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Pengarah Kesihatan Negeri Selangor Datuk Dr Sha’ari Ngadiman.

Dr Zaliha berkata Kementerian Kesihatan akan menyediakan rawatan sokongan psikososial kepada mangsa dan keluarga individu yang terkorban bagi memastikan kesihatan mental serta emosi mereka dalam keadaan baik.

Beliau berkata pihak kerajaan melalui Hospital Selayang akan berusaha memberikan rawatan dan jagaan terbaik kepada semua mangsa tragedi tanah runtuh itu.

“Sehubungan itu, saya berharap ahli keluarga kekal bersabar dan tabah dalam mengharungi ujian ini. Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama mendoakan kekuatan dan ketabahan kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat,” katanya.

Insiden sekitar 2.42 pagi semalam, yang melibatkan runtuhan sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter, telah meragut 24 nyawa setakat ini.

Sembilan mangsa masih hilang manakala 61 orang terselamat.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619