AGENDA

Mayat ibu dan anak perempuannya ditemukan dalam keadaan berpelukan

16 Dis 2022, 11:50 AM
Mayat ibu dan anak perempuannya ditemukan dalam keadaan berpelukan

BATANG KALI, 16 DIS: Mayat ibu dan anak perempuannya dipercayai berusia lingkungan tiga tahun dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan di Gohtong Jaya di sini ditemukan dalam keadaan berpelukan, petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata mayat ke-17 dan 18 itu ditemui di tapak perkhemahan bersebelahan sungai pada jam 4.40 petang.

"Pada jam 5 petang pula, pasukan penyelamat menjumpai satu lagi mayat berhampiran kawasan yang sama dan usaha untuk mengeluarkan mayat berkenaan sedang dijalankan," katanya pada sidang media di lokasi berkenaan.

Norazam berkata 19 mayat telah dijumpai setakat petang ini manakala 14 lagi masih hilang.

"Usaha mencari dan menyelamat akan diteruskan tanpa henti sehingga semua mangsa ditemui," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata operasi akan dihentikan sekiranya hujan lebat.

Lebih 700 anggota penyelamat terlibat dalam operasi itu yang bertugas secara bergilir-gilir.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Suffian Abdullah berkata waris mangsa yang terkorban boleh hadir ke Unit Forensik Hospital Sungai Buloh untuk proses pengecaman.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619