AGENDA

Tanah runtuh di tapak khemah: Lapan disahkan maut, puluhan lagi diselamatkan

16 Dis 2022, 2:29 AM
Tanah runtuh di tapak khemah: Lapan disahkan maut, puluhan lagi diselamatkan

KUALA LUMPUR, 16 DIS: Lapan maut manakala 60 orang lagi ditemukan selamat dalam kejadian tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali, setakat 9.15 pagi tadi.

Menurut Jurucakap Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Polis Selangor, daripada jumlah itu, seorang daripadanya sudah dikenal pasti sebagai wanita dewasa manakala dua lagi adalah kanak-kanak.

"Bagaimanapun, identiti mereka yang terkorban masih belum dikenal pasti. Tujuh daripada mereka mengalami kecederaan. Ini menjadikan, 68 orang mangsa terlibat telah ditemukan setakat ini," katanya dalam kenyataan terkini agensi itu.

Kira-kira 7 pagi tadi, laporan awal dari Balai Polis Gohtong Jaya memaklumkan 36 orang yang terselamat ditempatkan di Balai Polis Ulu Yam Bharu dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu, dekat sini untuk tindakan lanjut.

Maklumat awal pihak polis menyebut 100 orang dikhuatiri terperangkap selepas tapak perkhemahan mereka terlibat dengan kejadian runtuhan tanah yang dianggarkan setinggi 30 meter, awal pagi tadi.

Ketika ini operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dilakukan pasukan penyelamat antaranya melibatkan Unit Anjing Pengesan (K9) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentosa, Ampang, Pandan, Kota Anggerik, Kajang dan Andalas serta Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM).

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619