ADN

Salur peruntukan lebih RM40,000 untuk baik pulih masjid

14 Dis 2022, 4:52 AM
Salur peruntukan lebih RM40,000 untuk baik pulih masjid

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 14 DIS: Kariah Masjid Al-Mujahideen, Damansara Utama menarik nafas lega apabila rumah ibadat itu menerima bantuan baik pulih berjumlah RM40,660 baru-baru ini.

Projek baik pulih itu membabitkan penukaran bumbung poli hijau, mengecat rangka lama, membaiki saluran air hujan dan membina teduhan pada tempat mengambil wuduk.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin berkata kos berkenaan adalah di bawah peruntukan Projek Selangor Penyayang.

"Bumbung dan kerangka lama boleh mengundang bahaya, lebih-lebih lagi ketika musim tengkujuh sekarang. Sebelum ini, tempat berwuduk juga tiada teduhan (bumbung).

"Kita mengambil kira keperluan projek yang dapat membantu muslimin dan muslimat untuk beribadah dengan lebih baik," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata peruntukan membaik pulih rumah ibadah itu mempamerkan keprihatinan Kerajaan Negeri daripada pelbagai sudut termasuk aktiviti agama.

"Perkara ini jelas menunjukkan Kerajaan Negeri mengambil berat kebajikan rakyat secara keseluruhan kerana mengetahui apa yang diperlukan dan diinginkan oleh rakyat Selangor," katanya.

Ahli majlis MBPJ John Leong turut hadir bagi meninjau kerja baik pulih yang dijalankan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619