AGENDA

Tanah runtuh di Kampung Sungai Pusu, MPS pantau situasi elak kejadian buruk

12 Dis 2022, 7:17 AM
Tanah runtuh di Kampung Sungai Pusu, MPS pantau situasi elak kejadian buruk
Tanah runtuh di Kampung Sungai Pusu, MPS pantau situasi elak kejadian buruk

GOMBAK, 12 DIS: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) akan memantau kejadian tanah runtuh melibatkan halaman rumah seorang penduduk di Kampung Sungai Pusu, di sini.

Dato’ Menteri Besar berkata sebagai langkah awal, pihak berkuasa tempatan itu meletakkan kanvas di tebing runtuhan serta jalan bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk.

“Runtuhan melibatkan kawasan milik peribadi dan pemilik perlu buat sendiri (baiki). MPS akan pantau untuk elak runtuhan terus berlaku,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari selepas melawat lokasi hari ini.

Kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi, sebahagian halaman rumah Abdul Malik Mohd Hashim,68, setinggi lebih dua meter runtuh. Bagaimanapun kejadian tidak melibatkan sebarang kecederaan.

Berhubung kejadian tanah runtuh di Taman Halaman, Ampang minggu lalu Dato’ Menteri Besar berkata lokasi merupakan kawasan yang dikenal pasti berisiko runtuh pada bila-bila masa.

“Kawasan ini memang sering diperhatikan memandangkan risikonya. Kejadian ini memberi kesan kepada tiga keluarga dan mereka dinasihatkan mengosongkan rumah supaya kajian teliti dapat dibuat,” katanya.

Pada Jumaat, seorang wanita warga emas antara enam individu yang terselamat dalam insiden tanah runtuh berketinggian sembilan meter di taman berkenaan.

[caption id="attachment_555158" align="aligncenter" width="500"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari meninjau kawasan kejadian tanah runtuh di Kampung Sungai Pusu, Gombak pada 12 Disember 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619