AGENDA

MB turun padang bertemu penduduk Gombak, tinjau tanah runtuh di Sungai Pusu

12 Dis 2022, 4:51 AM
MB turun padang bertemu penduduk Gombak, tinjau tanah runtuh di Sungai Pusu

GOMBAK, 12 DIS: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari turun padang bertemu penduduk Gombak dan meninjau beberapa kawasan sekitar tiga dewan undangan negeri (DUN) di bawah parlimen itu hari ini.

Lawatan bermula di pasar pagi Selayang Baru yang turut disertai Pegawai Daerah Gombak Nor Azlina Abdul Aziz. Dalam program tersebut beliau beramah mesra dengan peniaga serta meninjau saluran pengairan di pasar terbabit.

Amirudin kemudian bersarapan bersama masyarakat setempat di Kampung Nakhoda sebelum melawat lokasi kejadian tanah runtuh melibatkan rumah seorang penduduk di Kampung Sungai Pusu yang berlaku tengah malam tadi.

Pada petang ini, beliau yang juga Ahli Dewan Negeri Sungai Tua dijadual menghadiri majlis bersama jentera Pakatan Harapan (HARAPAN) serta beberapa program santai bersama penduduk setempat.

Pada pilihan raya umum lepas, Dato' Menteri Besar yang juga pengerusi HARAPAN negeri merampas kerusi disandang bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali selama tiga penggal dengan majoriti 12,729 undi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619