AGENDA

Ribuan hadiri kenduri hargai jentera, pengundi Gombak

11 Dis 2022, 4:31 PM
Ribuan hadiri kenduri hargai jentera, pengundi Gombak
Ribuan hadiri kenduri hargai jentera, pengundi Gombak
Ribuan hadiri kenduri hargai jentera, pengundi Gombak

Oleh AZIAN AZIZ

GOMBAK, 11 DIS: Ribuan penduduk Gombak menghadiri kenduri rakyat di tapak kendera saji Greenwood bagi meraikan kemenangan Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Ahli Parlimen Gombak, Dato’ Seri Amirudin Shari dalam pilihan raya umum Ke- 15 (PRU15), 19 November lalu.

Kenduri rakyat yang bermula 8 malam itu turut meraikan jentera dan petugas HARAPAN yang bertungkus-lumus memastikan kemenangan Amirudin.

Amirudin yang juga Dato’ Menteri Besar Selangor melahirkan penghargaan kepada semua pihak yang bekerja keras membantu dirinya dan HARAPAN sejak Mac 2020 sehinggalah pada hari terakhir kempen PRU15.

[caption id="attachment_555060" align="aligncenter" width="722"] Dato' Menteri Besar Selangor Dato' Seri Amirudin Shari bersalaman dengan orang ramai pada kenduri rakyat di tapak kendera saji Greenwood pada 11 Disember 2022. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

"Terima kasih atas kerja keras semua jentera, petugas dan orang Gombak untuk mempertahankan bukan sahaja maruah saya, tetapi maruah Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), HARAPAN, Gombak dan Selangor.

"Kemenangan ini datang dengan tanggungjawab. Saya akan lihat kembali apa yang saya sebutkan sebelum ini dan kita akan sama-sama bantu kerajaan perpaduan di Putrajaya," katanya ketika berucap pada majlis tersebut malam ini.

Menurut Amirudin beliau dan pasukannya akan bekerja dalam masa terdekat bagi membantu mengekalkan mandat yang telah diperolehi oleh HARAPAN dan kerajaan perpaduan.

"Kita kena mula bekerja seminggu dua ini sebab ada yang cuba sedaya upaya untuk merampas mandat yang telah kita peroleh untuk pecah belahkan kita," katanya.

[caption id="attachment_555061" align="aligncenter" width="749"] Ribuan penduduk Gombak menghadiri kenduri rakyat di tapak kendera saji Greenwood pada 11 Disember 2022. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Pada PRU15, Amirudin yang juga Naib Presiden KEADILAN menang dengan majoriti 12,729 undi mengalahkan penyandang tiga penggal, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan empat pencabar lain.

Mohamed Azmin yang mewakili Perikatan Nasional sebelum ini mengalihkan sokongannya hingga mengakibatkan kerajaan HARAPAN di Putrajaya tumbang pada Februari 2020.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619