AGENDA

Pesta buku Selangor rekod 200,000 pengunjung, nilai jualan lebih RM5 juta

11 Dis 2022, 11:55 AM
Pesta buku Selangor rekod 200,000 pengunjung, nilai jualan lebih RM5 juta
Pesta buku Selangor rekod 200,000 pengunjung, nilai jualan lebih RM5 juta
Pesta buku Selangor rekod 200,000 pengunjung, nilai jualan lebih RM5 juta

SHAH ALAM, 11 DIS: Selepas 11 hari penganjuran, Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2022 yang berakhir hari ini merekodkan kehadiran lebih 200,000 pengunjung.

Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) berkata sejak penganjuran 1 Disember lalu, jumlah nilai jualan keseluruhan yang dicatatkan melebihi RM5 juta.

Datin Paduka Mastura Muhamad berkata SIBF 2022 yang julung kali dianjurkan tahun ini telah dipersetujui untuk dijadikan acara tahunan Kerajaan Negeri.

“Tahun hadapan kita akan anjurkan pada tarikh dan di lokasi sama. Selepas ini kita akan melakukan 'post-mortem' untuk kita menambah baik program ini pada masa akan datang,” katanya kepada SelangorKini.

[caption id="attachment_555027" align="aligncenter" width="674"] Datin Paduka Mastura Muhamad[/caption]

Mastura berkata SIBF 2022 adalah kesinambungan daripada penganjuran Pesta Buku Selangor yang telah diadakan selama 16 tahun sebelum ini.

Menurutnya ia adalah hasil cadangan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari yang mahu menaiktaraf Pesta Buku Selangor ke peringkat antarabangsa.

“Setakat ini kami menerima maklum balas yang baik daripada pempamer antarabangsa dari lapan negara yang mengambil bahagian dalam SIBF 2022.

“Kami berharap pada tahun hadapan akan ada lebih ramai pempamer dari luar negara yang dapat menyertai SIBF,” katanya.

[caption id="attachment_555026" align="aligncenter" width="650"] Orang ramai mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2022 di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 11 Disember 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

SIBF 2022 yang diadakan di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melibatkan 225 pempamer tempatan dan antarabangsa.

Wakil industri dari lapan negara luar itu ialah United Kingdom, Turki, North Macedonia, Korea Selatan, Egypt, Indonesia, China dan Singapura.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619