AGENDA

Projek bekalan kuasa di Cyberjaya selari agenda Selangor jadi negeri pintar 2025

10 Dis 2022, 1:38 AM
Projek bekalan kuasa di Cyberjaya selari agenda Selangor jadi negeri pintar 2025
Projek bekalan kuasa di Cyberjaya selari agenda Selangor jadi negeri pintar 2025

Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 10 DIS: Pembangunan projek bekalan kuasa dan inisiatif tenaga boleh baharu di Cyberjaya sejajar usaha Selangor menjadikan negeri pintar menjelang 2025.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata ia juga membantu Cyberjaya menjadi pusat pengkalan data sekali gus nadi kepada usaha pendigitalan negeri.

“Projek bekalan kuasa ini tujuan akhirnya bukan hanya menjana tenaga ke Cyberjaya (dalam masa singkat) tetapi melengkapi sehingga lima tahun (ke hadapan) yang akan memanfaatkan aliran tenaga stabil kepada pusat pangkalan data yang bakal diwujudkan.

“Dengan tenaga yang mencukupi sebanyak 60 megawatt akan membantu Cyberjaya sebagai salah satu daripada pusat data yang juga akan menjadi nadi kepada usaha kita ke arah pendigitalan selari cita-cita Selangor negeri pintar menjelang 2025,” katanya.

[caption id="attachment_554648" align="aligncenter" width="723"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah, belakang) menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Worldwide Holdings Berhad Datin Paduka Norazlina Zakaria (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Dynac Sdn Bhd Dato’ Md Jasman Bongkek (kanan) bagi pembangunan projek bekalan kuasa untuk Cyberjaya di DoubleTree by Hilton, i-City Shah Alam pada 9 Disember 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) antara Worldwide Holdings Berhad dengan Dynac Sdn Bhd di DoubleTree by Hilton, i-City Shah Alam semalam.

Worldwide Holdings Berhad diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datin Paduka Norazlina Zakaria manakala Dynac Sdn Bhd diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Md Jasman Bongkek.

Pemeteraian MoU berkenaan bakal menyaksikan kerjasama pembangunan projek bekalan kuasa untuk Cyberjaya yang memberi tumpuan kepada bahan api bersih dan produk berteknologi hijau.

Melalui MoU itu pembangunan projek penjanaan tenaga berskala kecil dan inisiatif tenaga boleh baharu termasuk taman solar berskala besar untuk Cyberjaya dijangka dilaksanakan mulai pertengahan tahun depan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619