AGENDA

Nurul Izzah raih emas acara keirin Piala Presiden MNCF II

9 Dis 2022, 12:40 AM
Nurul Izzah raih emas acara keirin Piala Presiden MNCF II

NILAI, 9 DIS: Bintang muda berbasikal trek wanita negara kian meningkat Nurul Izzah Izzati Mohd Asri bangkit menebus kekecewaan kelmarin apabila berjaya meraih pingat emas acara keirin perempuan pada perlumbaan Piala Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) II, di sini semalam.

Gadis berusia 19 tahun berasal dari Jitra , Kedah itu mempamerkan kayuhan bertenaga untuk mengetepikan pelumba berpengalaman Anis Amira Rosidi dan pelumba Hong Kong Ching Yin Shan yang masing-masing meraih pingat perak dan gangsa.

Mengulas mengenai perlumbaan terbabit Nurul Izzah yang merupakan Juara Asia itu berkata kekecewaan gagal merangkul emas pada acara sama semalam di Piala Presiden MNCF I menjadi pendorong utama buat beliau membuat kayuhan cemerlang pada perlumbaan itu.

“Tadi (semalam) saingan agak sengit sebab jarak agak jauh saya tak sangka dapat pecut tinggalkan yang lain. Perlumbaan semalam saya sangat leka, jadi hari ini saya cuba bangkit semula untuk terus menang,” katanya selapas perlumbaan yang berlangsung di Velodrom Nasional Malaysia di sini.

Terdahulu, Nurul Izzah turut menduduki tempat kedua acara pecut perempuan selepas ditewaskan rakan sepasukan Anis Amira 2-0.

Pada Piala Presiden MNCF I semalam, Nurul Izzah hanya berpuas hati dengan kedudukan keempat acara keirin dengan pelumba dari Hong Kong, Yeung Cho Yiu meraih emas.

Bagi acara pecut wanita, beliau turut hanya menduduki tempat keempat apabila pelumba Cho Yiu turut memperoleh emas. - BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619