ADN

Projek kukuh tebing atasi bah di Subang Jaya mula tahun depan

7 Dis 2022, 3:30 AM
Projek kukuh tebing atasi bah di Subang Jaya mula tahun depan

OLEH SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 7 DIS: Pelaksanaan projek pengukuhan tebing anak Sungai Penaga di Subang Jaya membabitkan kos berjumlah RM2.3 juta dijangka bermula pertengahan tahun depan.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya berkata projek berkenaan bakal memanfaatkan kira-kira 2,000 penghuni pangsapuri USJ One Avenue yang pernah terjejas banjir sebelum ini.

"Tindakan jangka pendek selesai diambil dengan membaiki kerosakan di dinding perimeter," kata Michelle Ng Mei Sze ketika dihubungi.

"Penyelesaian jangka panjang iaitu pengukuhan tebing sungai dengan kepingan cerucuk dijangka dilaksanakan bermula pertengahan tahun depan."

Beliau berkata pihaknya sedang berbincang dengan pengurusan pangsapuri berkenaan untuk mengadakan taklimat berhubung perkembangan itu pada Januari tahun depan.

"Selain USJ One Avenue, dua lagi kawasan yang sering terjejas banjir adalah Jalan Industri dan Lagoon Perdana. Kita harap dua kawasan ini juga dapat peruntukan untuk mengatasi banjir," katanya.

Ruang bawah tanah USJ One Avenue mengalami banjir pada 2012, 2021 dan 2022 yang mengakibatkan ratusan kereta dan harta benda mengalami kerosakan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619