AGENSI

Lima barangan asas habis dalam sejam, ratusan penduduk kunjungi jualan murah

7 Dis 2022, 1:42 AM
Lima barangan asas habis dalam sejam, ratusan penduduk kunjungi jualan murah
Lima barangan asas habis dalam sejam, ratusan penduduk kunjungi jualan murah

Oleh AZIAN AZIZ

SELAYANG, 7 DIS: Tidak sampai sejam, lima barangan asas dalam program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) di medan selera Tasik Biru, Kundang, Kuang habis dijual.

Pengurus Ladang Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Sungai Tengi Selatan Azman Jamaludin berkata barangan yang habis dijual itu ialah ayam, telur, beras, ikan dan daging.

"Kira-kira 450 penduduk datang ke jualan murah ini dan mula beratur pada pukul 10 pagi namun tidak sampai satu jam barangan yang dijual mula habis," katanya ketika ditemui di sini semalam.

[caption id="attachment_554178" align="aligncenter" width="500"] Azman Jamaludin[/caption]

Menurut Azman ramai pengunjung yang datang jam 11 pagi hanya dapat membeli minyak masak selain pulang begitu sahaja kerana mereka mencari ayam dan telur.

"Program seterusnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuang ialah tahun depan. Jadi saya minta semua penduduk datang awal dan kepada yang tidak dapat beli tunggu program seterusnya nanti," katanya.

Sementara itu, suri rumah, Rosfazila Razali, 37, dari Kundang Estet berkata, dia yang tiba pada pukul 11.10 pagi hanya dapat membeli minyak masak.

"Ini kali pertama saya datang membeli dalam program jualan murah. Lepas ini saya mahu datang awal," katanya.

Seorang lagi penduduk, Azariah Abd Aziz, 53, dari Tasik Biru, Kundang berkata dia tidak menyangka barangan seperti ayam dan telur habis awal.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619