AGENDA

83,537 penduduk dapat manfaat program kesihatan negeri

7 Dis 2022, 12:00 AM
83,537 penduduk dapat manfaat program kesihatan negeri

SHAH ALAM, 7 DIS : Seramai 83,537 penduduk negeri ini direkodkan sebagai ahli aktif Iltizam Selangor Sihat (ISS) setakat ini, dengan 405 permohonan lagi sedang diproses.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata setiap permohonan mengambil masa antara enam hingga 10 hari untuk diluluskan jika dokumen dikemukakan lengkap.

"Untuk (permohonan) yang tidak lengkap (mengambil masa) hampir sebulan proses dan sebahagian makluman kita terima perlu semak balik kerana ada masalah dokumentasi.

"Pihak Selcare Management akan menambah baik dari semasa ke semasa dan berusaha mengurangkan tempoh proses kelulusan dan pengaktifan program ISS ini untuk satu tempoh munasabah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Belanjawan Selangor 2023 dalam sidang Dewan Negeri Selangor di Bangunan Annex di sini semalam.

Sebelum ini, Amirudin mengumumkan penerima ISS bakal mendapat bantuan rawatan asas sehingga RM500, perlindungan insurans sehingga RM5,000 serta khairat kematian RM1,000.

Selain rawatan dan perubatan, Kerajaan Negeri turut menawarkan suntikan vaksin bagi memastikan lebih ramai rakyat Selangor mendapat perlindungan sebaiknya.

ISS merupakan program perlindungan kesihatan rakyat yang ditambah baik menggantikan skim insurans sedia ada.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619