AGENDA

MB: Denda hingga RM500,000, penjara ceroboh tanah kerajaan

6 Dis 2022, 4:46 AM
MB: Denda hingga RM500,000, penjara ceroboh tanah kerajaan

SHAH ALAM, 6 DIS: Mana-mana pihak yang didapati cuba menceroboh tanah kerajaan boleh didenda maksimum RM500,000 atau penjara tidak lebih tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menegaskan kompaun atau tuntutan ganti rugi tanah juga boleh dikenakan terhadap penceroboh yang dikenal pasti melakukan kesalahan itu.

"Langkah yang wajar diambil jika terdapat pencerobohan atas tanah kerajaan adalah mengambil dan mengenakan tindakan tegas terhadap individu, syarikat atau mana-mana entiti," katanya.

Beliau menjawab pertanyaan wakil rakyat Taman Medan Syamsul Firdaus Mohamed Supri berhubung pemutihan pencerobohan tapak tanah milik negeri dalam sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Amirudin berkata pencerobohan berskala besar yang sering dilakukan meliputi tanaman kekal seperti kelapa dan kelapa sawit selain mendirikan struktur kekal seperti kediaman, bengkel dan gudang.

Sementara itu, jelasnya, pencerobohan berskala kecil pula melibatkan tanaman kontan di bahu jalan seperti penanaman pokok pisang, serai dan jagung.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619