PBT

MPKS sedia acara menarik dalam hari tanpa kenderaan Sabtu ini

6 Dis 2022, 3:19 AM
MPKS sedia acara menarik dalam hari tanpa kenderaan Sabtu ini
MPKS sedia acara menarik dalam hari tanpa kenderaan Sabtu ini

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 6 DIS: Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) bakal menganjurkan pelbagai acara menarik sempena program Hari Tanpa Kenderaan pada Sabtu ini.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan majlis pelancaran Zon Bandar Rendah Karbon Kuala Selangor turut dijalankan dalam program berlangsung di Dataran Melawati bermula 7.30 pagi itu.

"Acara lain adalah seperti santai basikal, senamrobik, larian malam, hijaukan bumi kita, pertandingan pakaian tradisional tercantik dan pertandingan mewarna.

"Persembahan Malam Kebudayaan dan kesenian MPKS juga diadakan dengan menampilkan artis undangan Syura Badron," katanya menerusi Facebook.

Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh hubungi Azuan (019-2138091), Ali (017-2909138) atau Rosli (011-21307785).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619