AGENDA

MB: Tanah dijadikan tapak sampah haram dirampas jika pemilik enggan kerjasama

5 Dis 2022, 2:58 PM
MB: Tanah dijadikan tapak sampah haram dirampas jika pemilik enggan kerjasama
MB: Tanah dijadikan tapak sampah haram dirampas jika pemilik enggan kerjasama

SERI KEMBANGAN, 5 DIS: Kerajaan Selangor akan merampas 15 lot tanah berkeluasan lebih sembilan hektar di Taman Puncak Jalil dekat sini, yang menjadi tapak pelupusan sampah haram jika pemilik enggan bekerjasama.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Notis 8A, Seksyen 130 Kanun Tanah Negara 1965 akan dikenakan sekiranya pemilik menghalang proses pemulihan tanah dilaksanakan.

“Isu di sini bukan tanah kerajaan (tetapi) tanah hak milik. Jadi proses rampasan memerlukan proses penyerahan borang 7A dan ia sudah dikeluarkan kepada pemilik untuk memulihkan pelanggaran syarat tanah berkenaan.

“Manakala Notis 7B akan dikeluarkan bagi siasatan dan mendapatkan pengesahan terhadap pemulihan yang sudah dibuat. Selepas itu kita memerlukan minimum dua tiga bulan untuk melakukan sepenuhnya proses rampasan," katanya.

Ditemui selepas meninjau tapak berkenaan hari ini, Amirudin berkata pusat pelupusan sampah haram terbabit sudah dihentikan operasi lebih setahun lalu, namun longgokan sisa ditinggalkan mengalirkan air larut resap hingga menyebabkan bau busuk.

“Sampah yang dibuang sudah lebih enam tujuh tahun lepas dan setahun lebih tidak beroperasi. Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) sebelum ini beberapa kali mengeluarkan saman RM25,000 dan semuanya dibayar.

“Kita juga sudah pasang penghadang konkrit dan itu juga dipecahkan,” katanya lagi.

[caption id="attachment_553899" align="aligncenter" width="500"] Tapak pelupusan sampah haram di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, Subang Jaya. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619