AGENDA

Pesta buku negeri dihadiri hampir 150,000 pengunjung dalam tempoh 5 hari

5 Dis 2022, 9:13 AM
Pesta buku negeri dihadiri hampir 150,000 pengunjung dalam tempoh 5 hari
Pesta buku negeri dihadiri hampir 150,000 pengunjung dalam tempoh 5 hari

Oleh Azian Aziz

SHAH ALAM, 5 DIS: Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2022 bertempat di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, menerima hampir 150,000 pengunjung sejak dibuka 1 Disember hingga hari ini.

Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Datin Paduka Mastura Muhamad berkata acara yang berlangsung selama 11 hari itu menerima jumlah kehadiran paling ramai pada Sabtu lalu iaitu lebih 30,000 orang.

[caption id="attachment_553807" align="alignleft" width="322"] Datin Paduka Mastura Muhamad ditemui Selangorkini di pesta buku antarabangsa Selangor di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam. pada 5 Dismember 2022. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI[/caption]

“Jumlah reruai yang dibuka juga bertambah daripada 295 kepada 303,” katanya ketika ditemui di SIBF yang berlangsung di Pusat Konvensyen MBSA hari ini.

Ditanya reruai buku yang mendapat jualan tertinggi, Mastura memberitahu, reruai PTS Media Group antara yang mendapat sambutan dan jualan menggalakkan.

Dalam masa sama kata beliau turut mengalu-alukan sokongan pemimpin terutama pemimpin negeri agar datang melawat SIBF.

SIBF anjuran Kerajaan Negeri dengan PPAS sebagai urusetia julung kali diadakan hasil kesinambungan Pesta Buku Selangor yang diadakan sejak 2006.

Selain pameran dan jualan buku, pelbagai aktiviti menarik melibatkan pelajar dan kanak-kanak turut diadakan selain jualan pelbagai jenis makanan dan barangan.

Sebelum ini, PPAS menyasarkan kehadiran kira-kira 300,000 pengunjung hadri SIBF yang berlangsung mulai 1 hingga 11 Disember.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619