SELANGOR

Nama Tengku Amir Shah diabadi pada spesies bunga orkid

5 Dis 2022, 4:18 AM
Nama Tengku Amir Shah diabadi pada spesies bunga orkid

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 5 DIS: Nama Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah diabadikan pada sejenis spesies bunga orkid.

‘Papilionanda Tengku Amir Shah’ dipersembahkan Timbalan Datuk Bandar Shah Alam Mohd Rashidi Ruslan di Karnival Bola Sepak Selangor FC Soccer Schools di Padang Bola Sintetik, Seksyen 28 semalam.

"Timbalan Datuk Bandar Shah Alam mempersembahkan cenderamata penghargaan berupa sijil pendaftaran antarabangsa bunga orkid.

"Bunga orkid yang diberi nama ‘Papilionanda Tengku Amir Shah’ kepada DYTM Raja Muda Selangor bersempena ulang tahun Hari Keputeraan Tuanku Yang ke-32 pada 12 Disember 2022," kata Majlis Bandaraya Shah Alam di Facebook.

Turut Hadir EXCO Generasi Sukan Mohd Khairuddin Othman, Pengarah Pendidikan Negeri Selangor Rohayati Abd Hamed dan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Bola Sepak Selangor Dr Johan Kamal Hamidon.

Terdahulu, Tengku Amir Shah berkenan merasmikan padang bola tersebut selain menyerahkan cenderamata penghargaan kepada penaja dan rakan rasmi Sekolah Bola Sepak Selangor FC.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619