AGENDA

Proses undi awal Parlimen Padang Serai, DUN Tioman bermula 8 pagi

3 Dis 2022, 12:13 AM
Proses undi awal Parlimen Padang Serai, DUN Tioman bermula 8 pagi

KUALA LUMPUR, 3 DIS: Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Parlimen Padang Serai di Kedah dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman di Pahang bermula secara rasmi pada 8 pagi ini, melibatkan sejumlah 319 pengundi awal.

Daripada jumlah itu, 76 orang adalah anggota polis yang mengundi awal bagi Parlimen Padang Serai manakala 243 orang anggota polis mengundi awal bagi DUN Tioman.

Bagi undi awal Parlimen Padang Serai, sebuah pusat pengundian awal dibuka di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim bermula 8 pagi hingga 2 petang.

Bagi DUN Tioman, dua pusat pengundian awal dibuka di Bilik Rehat IPD Rompin bermula 8 pagi hingga 5 petang dan Bilik Maklumat Balai Polis Tekek Pulau Tioman mulai 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Kertas undi awal tidak akan dikira hari ini dan kesemua peti undi akan disimpan di lokap balai polis untuk jagaan selamat.

PRU15 di kedua-dua kawasan berkenaan ditangguhkan berikutan kematian calon yang telah disahkan bertanding iaitu M Karupaiya dari Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi Parlimen Padang Serai dan Md Yunus Ramli mewakili Perikatan Nasional (PN) di DUN Tioman.

PRU15 Parlimen Padang Serai menyaksikan pertembungan enam penjuru dengan saingan melibatkan calon HARAPAN, Barisan Nasional (BN), PN dan Pejuang, namun malam tadi BN memberi laluan kepada HARAPAN dan tidak bertanding.

DUN Tioman pula menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon BN, PN, HARAPAN, Pejuang dan seorang Bebas tetapi HARAPAN sudah menyatakan menarik diri daripada PRU berkenaan bagi tanda kesepakatan Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri dan nasional.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619