AGENDA

Rizab negeri lebih RM3.3 bilion, rancang program berteras rakyat

2 Dis 2022, 4:13 AM
Rizab negeri lebih RM3.3 bilion, rancang program berteras rakyat

SHAH ALAM, 2 DIS: Rizab negeri mencecah lebih RM3.3 bilion setakat 31 Oktober lalu menerusi akaun hasil disatukan, akaun amanah dan akaun pinjaman, maklum EXCO pelaburan.

Menurut Dato' Teng Chang Khim, akaun hasil disatukan merangkumi urus niaga seperti cukai, hasil bukan cukai dan lain-lain untuk menampung semua perbelanjaan mengurus.

Beliau menjelaskan belanjawan 2023 juga dirangka berdasarkan kedudukan akaun tersebut untuk menampung perbelanjaan dan pembangunan yang dirancang tahun depan.

"Rizab ini untuk pembangunan ekonomi, perbelanjaan mengurus, peruntukan program memberdaya rakyat bawah Iltizam Selangor Penyayang serta bantuan bencana.

"Pengurusan dan perancangan rizab sentiasa berteraskan kebaikan rakyat," katanya menjawab soalan wakil rakyat Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Jumaat lalu, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata kedudukan kewangan negeri dalam tempoh 2018 hingga 2021 mengukuh di sebalik ketidaktentuan ekonomi dan wabak Covid-19.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619