EXCO

Dua muzium di Kuala Selangor dibaik pulih, jangka buka awal tahun depan

2 Dis 2022, 1:10 AM
Dua muzium di Kuala Selangor dibaik pulih, jangka buka awal tahun depan

SHAH ALAM, 2 DIS: Muzium Permainan Tradisional di Kuala Selangor dijangka dibuka semula kepada pengunjung menjelang pertengahan Januari tahun depan.

EXCO kebudayaan dan warisan berkata kerja hiasan dalaman dan ruang pameran selesai dilakukan pada 30 November lalu dan ketika ini aktiviti pengisian giat dilaksanakan.

"Selain itu, kerja-kerja lukisan mural pada dinding luar muzium akan mula dilaksanakan pada 15 Disember dan dijangka tamat pada penghujung tahun ini.

"Kita jangka Muzium Permainan Tradisional ini dapat dibuka semula pada pertengahan Januari tahun hadapan," kata Borhan Aman Shah ketika penggulungan Belanjawan 2023 pada sidang Dewan Negeri Selangor.

Selain itu, Borhan turut memaklumkan kerja menaik taraf Muzium Sejarah Kuala Selangor giat dijalankan dan dijangka selesai pada 15 Disember depan.

"Kerja-kerja pembaikan kecil seperti mengecat bangunan, membaiki bumbung bocor dan lain-lain sedang giat dilakukan sebelum dibuka kepada pengunjung," katanya.

Sebelum ini, Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli mencadangkan Muzium Permainan Tradisional Rakyat di Kuala Selangor dibaik pulih bagi memelihara aset warisan di negeri ini.

Katanya, usaha itu perlu digerakkan Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) dan kewujudannya juga akan menggalakkan sektor pelancongan di Kuala Selangor bersesuaian dengan Tahun Melawat Malaysia 2020.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619