AGENDA

PPAS sasar 300,000 hadir Pesta Buku Antarabangsa Selangor

1 Dis 2022, 2:12 PM
PPAS sasar 300,000 hadir Pesta Buku Antarabangsa Selangor
PPAS sasar 300,000 hadir Pesta Buku Antarabangsa Selangor

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 1 DIS: Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2022 bermula hari ini di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini dijangka menarik kehadiran kira-kira 300,000 pengunjung sepanjang 11 hari berlangsung.

Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Datin Paduka Mastura Muhamad berkata pihaknya menjangkakan kehadiran harian pengunjung bermula 10 pagi hingga 10 malam antara 10,000 orang hingga 30,000 orang.

"Hari ini sahaja sehingga 4 petang sebanyak 7,840 pengunjung telah dicatatkan hadir termasuk kumpulan besar pelajar dari 11 sekolah," katanya ketika ditemui di Pusat Konvensyen MBSA hari ini.

[caption id="attachment_553134" align="alignright" width="360"] Datin Paduka Mastura Muhamad. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Menurut Mastura, sebanyak 295 gerai pameran dibuka kali ini dengan 13 daripadanya merupakan gerai antarabangsa melibatkan negara China, Singapura dan Indonesia.

Katanya, 195 lagi adalah gerai pameran penerbit buku dalam negara, permainan kanak-kanak, makanan dan barangan lain (40), kekeluargaan dan perkembangan kanak-kanak (30) dan penerbit buku persendirian (16).

"SIBF akan dilancarkan bersama Anugerah Ilustrator Yusof Gajah 2023 esok," katanya.

Pesta tersebut dianjurkan Kerajaan Negeri dan PPAS sebagai urusetia julung kali diadakan hasil kesinambungan Pesta Buku Selangor yang telah dijalankan selama 16 kali sejak 2006.

Selain pameran dan jualan buku, pelbagai aktiviti menarik termasuk sembang santai bersama sasterawan dan karyawan, cabutan harian untuk pengunjung bertuah, pertandingan bercerita, bersajak, bersyair, catur, pantomin dan persembahan dikir barat untuk pelajar sekolah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619