AGENDA

Pameran 59 keris Sultan Selangor di Muzium Kesenian Islam bermula esok

1 Dis 2022, 12:47 PM
Pameran 59 keris Sultan Selangor di Muzium Kesenian Islam bermula esok
Pameran 59 keris Sultan Selangor di Muzium Kesenian Islam bermula esok

KUALA LUMPUR, 1 DIS: Buat julung kalinya orang ramai berpeluang melihat secara dekat koleksi peribadi keris Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor menerusi Pameran Keris: Kuasa dan Jati Diri bermula esok.

Sebanyak 59 koleksi keris milik Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj daripada jumlah keseluruhan 94 keris dipamerkan di Muzium Kesenian Islam Malaysia (IAMM) di sini.

Baginda hari ini turut berkenan mencemar duli merasmikan pameran bertaraf antarabangsa tersebut dengan diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

[caption id="attachment_553115" align="aligncenter" width="551"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bersama DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan bergambar bersama pembuat keris ketika Pameran Keris: Kuasa dan Jati Diri di Muzium Kesenian Islam Malaysia, Kuala Lumpur pada 1 Disember 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Kurator pameran Hariz Ahmad Kamal berkata pameran terbabit adalah kolaborasi bersama Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) dan IAMM.

“Usaha ini adalah untuk mengetengahkan keris sebagai simbol ulung dalam budaya masyarakat Melayu dan kita mahu mendokumentasikan serta mengekalkan warisan budaya.

“Pameran ini akan memperlihatkan sudut pandang baharu mengenai keris, alam Melayu dan kaitannya dengan Kesultanan Melayu,” katanya ketika ditemui SelangorKini.

Pameran tersebut akan berlangsung sehingga 13 Mac tahun depan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619