SELANGOR

Dr Nor Fuad dilantik datuk bandar baharu Shah Alam

1 Dis 2022, 6:44 AM
Dr Nor Fuad dilantik datuk bandar baharu Shah Alam

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 1 DIS: Bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Dr Nor Fuad Abdul Hamid dilantik Datuk Bandar Shah Alam baharu berkuat kuasa hari ini.

Sesi penyampaian amanat dan penyerahan surat pelantikan disampaikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Dato' Haris Kasim.

"Tahniah dan selamat bertugas diucapkan," tulis Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor menerusi Facebook.

Nor Fuad pernah menyandang jawatan timbalan setiausaha kerajaan (pembangunan) Kerajaan Negeri Selangor merangkap pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri.

Beliau menggantikan Datuk Zamani Ahmad Mansor yang memegang jawatan berkenaan sejak 14 Jun 2021.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619