AGENDA

Polis siasat video Jalur Gemilang dikibar bersama bendera Israel

1 Dis 2022, 2:30 AM
Polis siasat video Jalur Gemilang dikibar bersama bendera Israel

SHAH ALAM, 1 DIS: Polis menyiasat penyebaran klip video memaparkan sekumpulan individu menyanyikan lagu Negaraku dengan bendera Malaysia dikibarkan bersama bendera Israel.

Menurut timbalan ketua polis daerah Petaling Jaya, siasatan dibuat selepas menerima laporan jam 11.20 malam kelmarin, susulan ia tersebar di media sosial, lapor Berita Harian.

Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata pengadu memaklumkan melihat klip video berdurasi 47 saat itu dalam kumpulan WhatsApp sebelum membuat laporan polis.

"Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada September lalu, ketika sekumpulan warga tempatan mengadakan lawatan ke Tasik Galilee yang terletak dalam kawasan jajahan Israel.

"Lawatan dibuat menerusi Ziarah Kembara dikendalikan sebuah agensi pelancongan tempatan dan ketika lawatan, lagu Negaraku dipasang dan dinyanyikan serta bendera Malaysia dikibarkan," katanya.

Ku Mashariman turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan menyebarkan bahan berkaitan kejadian itu menerusi mana-mana platform.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Lagu Kebangsaan 1968 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619