AGENDA

Lilitan kapten Harimau Malaya bukan untuk dibanggakan

30 Nov 2022, 11:49 PM
Lilitan kapten Harimau Malaya bukan untuk dibanggakan

PETALING JAYA, 1 DIS: Pemain sayap Terengganu FC, Mohd Faisal Halim menyifatkan pemilihan selaku kapten skuad Harimau Malaya bagi kempen Piala Perseklutuan Bolasepak ASEAN (AFF) bukan sesuatu yang perlukan dibanggakan.

Sebaliknya, Mohd Faisal berkata tugas kapten tidak sempurna jika gagal memainkan peranan menyampaikan kehendak ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon. selain menjadi perantara kepada pemain.

"Tidak semestinya lilitan di tangan, apa yang penting saya dapat bantu jurulatih serta menyampaikan maklumat kepada rakan-rakan bagi sebarang perkara yang mereka perlukan," katanya pada sesi latihan kedua kem latihan pusat di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, dekat sini, semalam.

Terdahulu, FAM, dalam kenyataan, memaklumkan Mohd Faisal turut dikenali sebagai ‘Mickey’ dan tonggak utama Selangor FC, Brendan Gan diumum Pan Gon sebagai kapten, bersama-sama Dion Cools dan Safawi Rasid.

Jika diikutkan atas kertas, 29 pemain dipanggil pada sesi latihan pusat kali ini berbeza dengan apa yang dipamerkan selepas skuad itu layak ke pusingan akhir Piala Asia secara merit pada Jun lepas, namun Mohd Faisal optimis keputusan memberangsangkan dapat diraih pada Piala AFF nanti.

"Jangkaan peminat memang tinggi terhadap pasukan kita sebelum ini sebab kita dah berjaya buat yang terbaik. Sekarang senarai pemain sudah berubah yang selalu ada kini sudah tiada dalam senarai.

"Jadi kita doa yang terbaik pada sesiapa yang jurulatih beri peluang untuk lakukan yang terbaik dan jangan takut dengan kritikan. Percayalah kalau pemain dapat lakukan apa yang jurulatih mahukan keputusan yang baik dapat dicapai,” katanya.

Malaysia akan terlibat dengan perlawanan antarabangsa Tier 1 menentang Kemboja di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 9 Dis ini dan berdepan Maldives di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras pada 14 Dis sebelum memulakan cabaran pada saingan Piala AFF dari 20 Dis hingga 16 Jan tahun depan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619