AGENDA

Polis tahan lelaki pecah masuk, curi alatan besi restoran pelakon

29 Nov 2022, 1:02 AM
Polis tahan lelaki pecah masuk, curi alatan besi restoran pelakon

IPOH, 29 NOV: Polis semalam menahan seorang lelaki yang disyaki memecah masuk dan mencuri peralatan besi di restoran milik seorang pelakon di Bandar Meru Raya.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata suspek berusia 25 tahun itu ditahan di sebuah kedai di Klebang Putra, Chemor pada 3.20 petang.

"Dia ditahan bersama kereta jenis Proton Persona yang digunakan semasa melakukan pecah kedai dan curi dalam kes itu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata polis menerima laporan daripada pelakon lelaki berusia 52 tahun itu pada 5.15 petang semalam di Balai Polis Jelapang mengenai insiden tersebut.

Yahaya berkata ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis metamfetamina dan polis sedang menyiasat sama ada dia terlibat dalam kes lain.

"Kes ini berjaya diselesaikan dan suspek akan direman di Mahkamah Majistret Ipoh esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.

Terdahulu, tular video pelakon Zul Yahya menunjukkan rakaman kamera litar tertutup di restoran miliknya yang memaparkan seorang lelaki memasuki premis itu ketika operasi ditutup dan membawa keluar pelbagai peralatan besi.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619