PBT

MPKS taja jersi, wang tunai kepada PLD Kuala Selangor

28 Nov 2022, 8:46 AM
MPKS taja jersi, wang tunai kepada PLD Kuala Selangor
MPKS taja jersi, wang tunai kepada PLD Kuala Selangor

SHAH ALAM, 28 NOV: Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menaja jersi dan wang tunai kepada pasukan bola sepak Pusat Latihan Daerah (PLD) daerah itu.

Majlis penyerahan jersi dan wang tunai berjumlah RM8,000 itu diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Harun, Tanjong Karang Jumaat lalu.

“Tajaan itu untuk pasukan tersebut bertanding di Liga PLD Bawah 15 Tahun Peringkat Kebangsaan di Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari, Gambang, Pahang.

“Alhamdulillah, skuad bola sepak PLD Kuala Selangor bawah 15 tahun memperolehi keputusan cemerlang iaitu muncul juara peringkat kebangsaan pada perlawanan akhir yang berlangsung semalam,” katanya di Facebook hari ini.

[caption id="attachment_552513" align="aligncenter" width="720"] Pasukan bola sepak Pusat Latihan Daerah (PLD) Kuala Selangor bawah 15 tahun muncul juara peringkat kebangsaan. Foto Facebook Majlis Perbandaran Kuala Selangor[/caption]

PLD di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 10 April 2014 di Akademi Mokhtar Dahari dan diletakkan status sebagai Projek Nasional.

Misi NFDP ialah untuk mewujudkan satu ekosistem pembangunan bola sepak yang sistematik dan menyeluruh ke arah meningkatkan kuantiti serta kualiti pemain negara.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619