AGENSI

Lebih 20 acara menarik menanti pengunjung jelajah bantuan rakyat di Hulu Selangor

28 Nov 2022, 6:00 AM
Lebih 20 acara menarik menanti pengunjung jelajah bantuan rakyat di Hulu Selangor
Lebih 20 acara menarik menanti pengunjung jelajah bantuan rakyat di Hulu Selangor
Lebih 20 acara menarik menanti pengunjung jelajah bantuan rakyat di Hulu Selangor

SHAH ALAM, 28 NOV: Pengunjung Jelajah Selangor Penyayang di Hulu Selangor pada 3 dan 4 Disember berpeluang mengikuti lebih 20 acara menarik.

Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor memaklumkan program yang berlangsung di Persiaran As-Salam Bukit Sentosa antaranya menyajikan acara sukan rakyat, bazar rakyat, mencanting batik, menaiki beca dan jualan makanan kendera saji.

Jelajah bantuan rakyat mulai jam 8 pagi hingga 5.30 petang turut menampilkan persembahan artis jemputan, tarian kebudayaan, karate, wushu dan cabutan bertuah selain saringan kesihatan secara percuma dan Jualan Ehsan Rakyat.

Bertemakan Membudaya Kesihatan Berkualiti, jelajah fasa dua bagi memperkenal pelbagai inisiatif baharu dan ditambah baik untuk rakyat bakal dirasmikan oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

[caption id="attachment_526604" align="aligncenter" width="722"] Peserta membuat pemeriksaan kesihatan ketika program Selangor Saring sempena Jelajah Selangor Penyayang di padang Taman Kosas, Ampang pada 19 Jun 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Kali terakhir program itu diadakan sebelum pilihan raya umum ke-15 di Sepang pada 29 dan 30 Oktober lalu.

Sebelum ini, jelajah sama sudah dianjurkan di Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam dan Stadium Sultan Sulaiman, Klang.

Acara sama turut berlangsung di Taman Kosas Ampang Jaya, Dataran Pantai Morib Kuala Langat, Stadium Utama Kuala Selangor, Dataran Boulevard Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Padang Awam Batu Caves dan Stadium Sungai Besar.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619