AGENDA

Remaja lelaki maut tercampak dari jambatan, motosikal bertembung kereta

28 Nov 2022, 3:14 AM
Remaja lelaki maut tercampak dari jambatan, motosikal bertembung kereta

SEREMBAN, 28 NOV: Seorang remaja lelaki maut selepas tercampak dari sebuah jambatan setelah motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Besar Nilai-Pajam, Nilai, dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata dalam kejadian pada 1.57 pagi itu, mangsa berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederan parah di badan dan kepala setelah tercampak dari jambatan berketinggian 30 meter.

“Siasatan awal mendapati, kereta tersebut yang sedang dalam perjalanan dari arah Bandar Baru Nilai menghala ke arah Pajam, telah bertembung dengan motosikal ditunggang mangsa dari arah bertentangan yang secara tiba-tiba masuk ke laluan kereta berkenaan.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa tercampak dari jambatan manakala pemandu kereta iaitu lelaki berusia 29 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619